01 02 03 04 05 06 07 08

Pengurusan Kanan

Dalam usaha memimpin dan menyiapkan hala tuju PhytoScience, pasukan eksekutif kami terdiri daripada individu-individu berpengalaman yang komited terhadap misi syarikat untuk memperkasakan kehidupan dan kesejahteraan ahli, rakan kongsi, pembeli serta warga kerja dengan penghasilan produk berkualiti tinggi, terbukti secara saintifik dan dikaji secara klinikal, inovatif serta menyediakan peluang perniagaan yang terbaik.

PUAN SRI DATIN SRI ELA TAN
Pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan

Puan Sri Datin Sri Ela Tan merupakan seorang ikon dalam industri MLM dan berpengalaman lebih dari dua dekad dalam pelbagai peringkat kepimpinan. Sebagai pengasas bersama, beliau telah menubuhkan Phyto Science Sdn Bhd pada tahun 2012 dan telah berjaya mengukuhkan prestasi syarikat sehingga kini.

Beliau seorang yang prihatin namun bertindak secara profesional didalam pengurusan perniagaan yang berorientasikan pengguna. Keupayaan beliau jelas terbukti dalam mengoptimumkan produltiviti dengan menggabungkan amalan terbaik industri dan penyerapan teknologi baru dan idea inovatif. Selaku peneraju utama syarikat, beliau mempunyai visi dan matlamat yang tinggi bagi membawa kemajuan masa depan ke dalam kehidupan orang ramai.

Pada tahun 2014, Puan Sri Datin Sri Ela Tan telah menerima anugerah ‘Asia Pacific Top Women Entrepreneurs’. Pada tahun 2015 beliau telah menjadi penghias kulit muka depan majalah Perniagaan Global (Tianxia) dan pada tahun 2016, syarikat di bawah kepimpinan beliau, Trendmaker Pte Ltd telah tersenarai sebagai ‘Singapore’s Fast Moving Companies by SME100’.

Pada tahun 2022, Puan Sri Datin Sri Ela Tan telah diiktiraf oleh British Publishing House Ltd sebagai “Successful People in Malaysia” berdasarkan pencapaian cemerlangnya. Untuk itu, beliau disenaraikan dalam biografi Britishpedia pada tahun 2022. Pada tahun 2022, beliau juga diiktiraf oleh Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan dianugerahkan “MCWEA Women of Excellence Awards 2022”. Puan Sri Datin Sri Ela Tan juga menerima anugerah dari ASEAN Chinese Book of Records dan Awards 2022 untuk “ASEAN Chinese Eminent Person Award (Beauty and Wellness)” & “ASEAN Chinese Enterprise Excellence Award (Beauty and Wellness)”.

WE ARE THE TREND MAKER


DATUK WILLY TOH SOON THYE
Ketua Pegawai Eksekutif

Selamat datang ke Phyto Science, sebuah syarikat dimensi baru dengan pelan pampasan teknologi hibrid & Inovatif terkini. Pelan inovatif kami melalui pengalaman pemasaran rangkaian selama 15 tahun.

Phyto Science telah berada di dalam pasaran tempatan sejak tahun 2012 dan telah berkembang ke lebih 41 buah negara di pasaran antarabangsa dan akan terus berkembang ke beberapa negara dalam masa terdekat.

Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan produk berkualiti tinggi kepada para pelanggan dan memastikan keberkesanan & hasil yang hebat. Ianya telah terbukti kebaikannya melalui beberapa testimoni.

Bagi bersaing dengan syarikat-syarikat baru yang lain, kami berusaha meningkatkan pelan pampasan kami untuk memastikan para pemimpin kami mendapat pendapatan yang baik & terus mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya.

Motto Kami:

Menyediakan platform untuk semua agar menjadi lebih sihat & kaya hingga ke generasi seterusnya.

WE ARE THE TREND MAKER


CHONG KUR SEN
Penasihat Undang-Undang

Chong Kur Sen berkelulusan dari Universiti Malaya pada tahun 2001 dengan kepujian dalam ijazah LLB. Beliau adalah pengasas dan rakan pengurusan M/s Kur Sen Chong & Co. (firma perundangan di KL yang ditubuhkan sejak tahun 2011).

Bidang profesion: Perundingan dan penggubalan S & P, perjanjian pinjaman, urusan komersial & korporat, kesemua urusan tanah, perintah kesusahan, pengusiran atau pemulangan harta, perselisihan keluarga termasuk perkara perceraian.

Beliau juga merupakan jurulatih undang-undang untuk OCBC Bank, PBB Bank dan penasihat undang-undang untuk MMCOA, MIPEAC dan perbadanan swasta yang lain.